fbpx

SEACare berjaya catat jualan RM30 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Teo (kiri) bersama Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni (dua dari kiri) pada majlis perasmian pameran SEACare di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Southeast Asian Healthcare and Pharma Show (SEACare) 2024 telah berjaya mencapai potensi jualan sehingga RM30 juta pada hari pertama pameran kesihatan tersebut yang berlangsung selama tiga hari dan telah berakhir Jumaat lalu.

Pengerusi Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd., Richard Teo berkata, pameran yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini telah mengumpul pempamer daripada bidang penjagaan kesihatan dan farmaseutikal global dan tempatan, mempamerkan produk dan inovasi terkini masing-masing bertujuan untuk mewujudkan perkongsian strategik dalam pasaran tempatan dan serantau.

Menurut beliau, program tersebut telah berjaya mencapai matlamatnya dan ini adalah platform terbaik untuk menjadikannya sebagai hab pertemuan dan dalam masa yang sama dapat membuka peluang perniagaan selain mengukuhkan rangkaian antara peserta pameran Malaysia dengan pelabur asing.

“SEACare juga dapat memupuk pertukaran pengetahuan dan kemajuan industri, membolehkan pihak berkepentingan meneroka kemungkinan inovatif yang melangkaui sempadan.

“Pihak kami berharap SEA­Care dapat membantu membentuk masa depan industri penja­gaan kesihatan dan farmaseutikal, sejajar dengan matlamat kerajaan untuk meletakkan Malaysia sebagai hab penyumberan utama bagi penjagaan ke­sihatan,” katanya selepas majlis pelancaran pameran tersebut di sini baru-baru ini.

Mengulas mengenai pameran tersebut, Teo menerangkan, penyertaannya telah dibuka sejak enam bulan lalu dan ruang gerai pameran SEACare telah dilanggan sepenuhnya dengan menarik penyertaan kira-kira 100 syarikat.

“Susulan kejayaan itu, kami akan terus menyokong pempamer dan pelawat untuk bekerjasama dengan organisasi seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, Persa­tuan Ahli Farmasi Malaysia dan Kementerian Kesihatan untuk menjayakan program tersebut.

“SEACare dilihat bakal menjadi kegemaran pempamer dalam kalangan profesional penjagaan kesihatan dari seluruh dunia dan ini dilihat sebagai usaha kami untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai salah satu destinasi ekspo penjagaan kesihatan di Asia Tenggara,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI