PETALING JAYA – Tidak perlu bawa kekasih bermalam di rumah atas alasan untuk berkenalan dengan ibu bapa sebelum menjalinkan hubungan yang lebih serius.
Pencaramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, walaupun berada di dalam bilik berasingan namun, perbuatan tersebut perlu dielakkan sebelum berlaku apa-apa yang tidak diingini.
“Betullah kalau kata dalam rumah itu ada lagi orang lain, tapi itu tidak menjamin tidak akan berlaku apa-apa yang buruk.
“Kalau nak kenal tu datang bawa keluarga, datang lah dan kenal lah. Itu tiada masalah, mu (awak) ingat orang putih ke,” katanya dalam satu klip video ceramahnya, baru-baru ini.
Jelas Azhar, perkara tersebut perlu dielakkan, dalam segi syarak jika ada mahram dan orang lain dalam rumah itu tidak mengapa tetapi tidak boleh diamalkan bagi umat Islam.
“Awak nak kenal macam mana sampai bawa tidur di rumah? Datang kenal dan melawat sekejap, apa masalahnya?
“Kalau emak nak kenal tu datang sekejap sahaja, itu nak kenal tidak perlu sampai nak bermalam di rumah bersama,” jelasnya lagi. – KOSMO! ONLINE.