fbpx

Tengok kriket, SRK diiringi kawalan bersenjata api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH RUKH KHAN

KEMUNCULAN superstar Bollywood, Shah Rukh Khan bersama dua anak, Abram Khan dan Suhana Khan di Kolkata hujung minggu lalu mengundang kemusykilan ramai.

Hal ini kerana, pelakon itu dan keluarganya diiringi enam pengawal peribadi bersenjata sebaik turun dari pesawat sehingga ke satu perlawanan kriket di bandar berkenaan.

Situasi tersebut mencetuskan tanda tanya kerana kunjungan sebelum ini ke lokasi sama tidak seketat itu.

Wakil media yang menunggu kehadirannya di lapangan terbang juga pelik dengan tindakan penganjur menggunakan pasukan bersenjata untuk menjaga keluarga tersebut.

Ada peminat berpendapat situasi tersebut mempunyai kaitan dengan kejadian ugutan membabitkan rakannya, Salman Khan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI