fbpx

TH Kulai sasar pendeposit lebih ramai di premis baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Hamadah (kanan) ketika merasmikan pejabat TH Cawangan Kulai yang baharu di Bandar Putra, Kulai, Johor semalam.

PETALING JAYA – Tabung Haji (TH) Cawangan Kulai, Johor menyasarkan jumlah pendeposit yang lebih tinggi pada tahun ini selepas pihaknya berpindah ke premis baharu di Bandar Putra, Kulai, Johor.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata, projek pemindahan pejabat tersebut adalah bagi menaik taraf tahap perkhidmatan di samping memberikan keselesaan kepada para pendeposit melakukan transaksi serta urusan haji dengan selesa dan kondusif.

Katanya, cawangan TH Kulai yang baharu mempunyai keluasan ruang hampir dua kali ganda berbanding premis sebelum ini serta pertambahan ruang parkir.

“Ia juga terletak di kawasan perbandaran yang pesat berkembang dengan sokongan pembangunan perindustrian.

“TH mempunyai 107 buah cawangan di seluruh negara dan 10 daripadanya berada di Johor sekali gus mempunyai bilangan pendeposit yang tinggi dengan 1.15 juta orang dan lebih 57,000 pendeposit dari daerah Kulai.

“Saya berharap dengan pembukaan pejabat ini, pendeposit TH di sekitar daerah Kulai dan kawasan sekitarnya akan dapat menjalankan urusan transaksi dengan lebih mudah, cepat dan selesa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, TH turut memperkenalkan pelbagai kemudahan terkini untuk keselesaan para pendeposit dimana mereka boleh membuat transaksi di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) tanpa sebarang caj.

“Ia juga boleh dilakukan di mesin ATM atau CDM institusi perbankan seperti BIMB, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB yang berhampiran.

“Pendeposit TH juga boleh menggunakan kemudahan perbankan internet di BIMB, Bank Rakyat, Maybank , CIMB dan AmBank serta melalui perkhidmatan atas talian TH – THiJARI,” jelas kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI