fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Kelantan, Terengganu petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, angin kencang dan ribut petir hampir di seluruh negara petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataannya di laman sesawang berkata, amaran cuaca buruk itu dijangka melanda hampir keseluruhan kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Hujan lebat, angin kencang dan ribut petir dijangka tertumpu di kawasan pedalaman Semenanjung, negeri-negeri Pantai Barat dan beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Sementara itu, cuaca buruk sama dijangka tertumpu di negeri Sarawak dan Sabah melibatkan kawasan pedalaman Sarawak, bermula dari bahagian utara ke selatan serta kawasan Pantai Barat, pedalaman dan Sandakan, Sabah. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI