fbpx

Selisih faham punca wanita simbah air panas pada pemuda OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian suspek wanita menyimbah air panas ke arah pemuda OKU di sebuah pangsapuri di Bayan Lepas, Jumaat lalu.

GEORGE TOWN – Perselisihan faham dipercayai menjadi punca seorang wanita menyimbah air panas ke arah pemuda orang kelainan upaya (OKU) Sindrom Down ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri di Jalan Rajawali di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, berdasarkan siasatan awal, polis mendapati suspek dan mangsa saling mengenali dan tinggal dalam kawasan bangunan flat yang sama.

“Perselisihan faham antara suspek dan mangsa ini melibatkan perkara sensitif, ia sudah berlaku lama iaitu dalam tempoh tiga atau empat tahun lalu.

“Siasatan masih berjalan, polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes ini sebelum pendakwaan dijalankan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan suspek berusia 29 tahun bertindak menyimbah air panas ke arah pemuda OKU dan bukannya asid sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan melecur pada sebahagian belakang dan depan badan.

Suspek kemudiannya berjaya ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di kawasan parkir perumahan berkenaan pada pukul 9.12 malam, kurang empat jam kes itu tular di media sosial pada petang hari yang sama.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI