fbpx

9 kontena bawang merah Myanmar disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bawang merah dari Myanmar yang dirampas Maqis Pulau Pinang di NBCT, Butterworth semalam.

SEBERANG PERAI – Sebanyak sembilan kontena mengandungi 90 tan bawang merah dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dalam pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth di sini semalam.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, sitaan semasa operasi kira-kira pukul 4.40 petang itu dibuat selepas pihaknya mendapati kontena dari Myanmar itu cuba dibawa masuk ke negara ini dengan tidak mematuhi Sijil Perakaun 3P (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan).

“Kontena-kontena tersebut didapati mengandungi 9,000 guni bawang merah seberat kira-kira 90,000 kilogram yang dianggarkan bernilai RM201,648.01.

“Pihak kami memandang serius dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri pertanian negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zarina, kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI