fbpx

Anak buat hal lagi, akaun Instagram ibu Aliff Aziz ‘lenyap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TINDAKAN ibu Aliff Aziz menyahaktifkan akaun Instagram miliknya dipertikai netizen.

PETALING JAYA – Saat nama anak meledak kembali dalam media sosial, akaun Instagram ibu kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz sudah dinyahaktifkan.

Semakan Kosmo! Online menerusi Instagram mendapati akaun Siti Hafiza Basharahil tiba-tiba ‘lenyap’ apabila kontroversi terbaharu anak lelaki harapannya itu dengan seorang wanita asal Singapura dikenali sebagai Sarah Yasmine hangat diperkatakan sejak pagi tadi.

Dalam platform X pula, rata-rata netizen pelik dengan tindakan Hafiza menyahaktifkan akaun Instagramnya itu sedangkan sebelum ini dia bermati-matian menyokong teguh anak lelakinya itu.

Bukan itu sahaja, Hafiza sebelum ini dilihat sering memuat naik kata-kata hikmah merujuk kepada kemelut yang berlaku antara Aliff dan isterinya iaitu pelakon Bella Astillah.

“Kenapa nyahaktif? Sudah habis kata-kata mutiara ke nak sokong anak kesayangan? Kalau dah kering saya boleh tolong karangkan,” kata netizen itu.

“Eh eh tiba-tiba lenyap, mana kelantangan dan kebenaran yang kononnya perlu perjuangkan sebelum ini? Dah kena batang hidung balik ke?” demikian komen pengguna sosial media itu.

Hari ini, nama Aliff atau Mohamad Aliff Aziz, 33, kembali hangat apabila Sarah mendedahkan dia merupakan kekasih drama Terjerat itu sejak awal Januari lalu.

Kata Sarah, dia memberanikan diri untuk mendedahkan hubungan mereka selepas melihat Aliff teruk dikecam netizen akibat ditangkap berkhalwat bersama seorang aktres pada Mac lalu.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Sarah turut berkongsi foto mesra bersama Aliff  selain mendakwa pelakon Ruhainies telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella Astillah.

Kemelut rumah tangga Bella dan Aliff sampai ke kemuncaknya selepas lelaki itu ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berkhalwat dengan Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Bella kemudian memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, pelakon asal Singapura itu enggan melafazkan talak pada sebutan kes cerai dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 4 April lalu.

Mahkamah menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI