fbpx

Forum Laluan Sutera kukuhkan hubungan Malaysia-China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADILLAH (kanan) bertemu Liu Jianchao ketika menghadiri Forum Laluan Sutera dan Tamadun Asia 2024 baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kira-kira 300 perwakilan dari Malaysia, China, Nepal, Pakistan, Thailand dan beberapa negara lain hadir dalam Forum Laluan Sutera dan Tamadun Asia 2024 baru -baru ini.

Forum anjuran Kelab Sahabat Laluan Sutera Malaysia itu diadakan sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, forum berkenaan sebagai meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.

Katanya, Malaysia berharap dapat mengukuhkan hubungan dengan China dan menggalakkan inovasi dan pembangunan mampan demi kesejahteraan rakyat dan generasi akan datang kedua-dua negara.

“Pembinaan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) telah menyediakan peluang yang tiada tolok banding sebelum ini untuk kerjasama antara Malaysia dan China.

“Kerjasama ini melibatkan pelbagai bidang seperti infrastruktur, kesalinghubungan, memudahkan perdagangan dan pertukaran sosiobudaya.

“Kedua-dua negara boleh memanfaatkan kelebihan masing-masing untuk mendorong kemakmuran ekonomi kedua-dua pihak dan Asia,”katanya ketika berucap pada forum tersebut baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Sahabat Laluan Sutera Malaysia Samuel Lee, penganjuran forum itu dapat menggalakkan hubungan pelbagai hala dan pertukaran budaya bukan sahaja antara kedua-dua negara tetapi negara serantau.

“Forum ini mengutamakan inisiatif rakyat setempat dalam memperkukuh hubungan serantau dan mempromosikan kemakmuran ekonomi,” kataya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI