TAHUN kedua kami beraya di perantauan, kejauhan dari keluarga dan sanak saudara.
Kerinduan kami yang tak pernah luntur pada mak dan abah di Salak Tinggi, Sepang, Selangor serta emak di Repoh, Kangar, Perlis.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Salam kemaafan daripada kami yang tak dapat pulang berhari raya bersama. Semoga Aidilfitri kali ini sentiasa dalam rahmat dan limpah kurnia Allah SWT. Al-Fatihah buat ayahanda, Allahyarham Hashim Ariffin, semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa ayah.
Daripada: Aydel, Aida dan Ayla
Lokasi: Doha, Qatar
SELAMAT Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada keluarga dan sahabat handai yang mengenali kami.
Daripada: Para pelajar perubatan
Lokasi: Belgaum, India
TANGAN dihulur maaf dipinta. Kami seikhlas hati menyusun jari memohon ampun dan maaf kepada keluarga yang dirindui di tanah air.
Daripada: Rabigh Muslimah
Lokasi :
Rabigh,
Arab Saudi
KAMI pelajar Malaysia di Perancis ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin buat keluarga, rakan dan semua kenalan di Malaysia.
Daripada: Pelajar Malaysia
Lokasi: Antibes, Perancis