fbpx

Yi Wen tempah tiket ke Kejohanan Skuasy Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN skuasy wanita negara, Chan Yi Wen puas apabila dia berjaya menempah slot ke kejohanan dunia di Kaherah, Mesir pada Mei nanti.

KUALA LUMPUR – Pengorbanan pemain skuasy wanita negara, Chan Yi Wen dengan mengenepikan kecederaan terutama untuk memburu tiket ke Kejohanan Skuasy Dunia akhir berbaloi apabila dia mencipta kemenangan pada aksi kelayakan zon Asia di Pusat Skuasy Nasional Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.

Yi Wen mengakui pada Februari lalu dia disahkan mengalami kecederaan buku lali sekali gus dinasihatkan oleh pakar untuk berehat kira-kira tiga bulan sekali gus bakal terlepas kejohanan penting tahun ini.

Bagaimanapun, pemain berusia 24 tahun itu mengakui terpaksa melanggar nasihat doktor kerana dia  mempunyai misi besar terutama untuk mencipta kemenangan di kelayakan zon Asia bagi membolehkannya menempah tiket ke Kejohanan Dunia yang berlangsung pada Mei ini nanti di Kaherah, Mesir nanti.

Langkah yang diambil pemain berusia 24 tahun itu benar-benar berbaloi apabila dia layak meraih slot ke pentas dunia tersebut selepas berjaya mengatasi Sehveetrraa Kumar dengan kemenangan 11-6, 11-3, 11-3 pada aksi final hari ini.

“Saya disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali dan koyak pada ligamen pada Februari lalu. Doktor menasihatkan saya untuk berehat dan saya juga sepatutnya berehat tiga bulan tetapi saya cakap tak boleh kerana saya perlu mengambil bahagian pada kejohanan penting tahun ini.

YI Wen ketika meraikan kemenangan di Pusat Skuasy Nasional Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.

“Saya cakap kepada doktor, percaya pada saya kerana saya nak buat kejaiban. Jadi, tahun saya hanya menjalani fisioterapi dan ia sedikit sebanyak membantu saya untuk turun bersaing pada kejohanan ini.

“Saya gembira kerana berjaya melakukan terbaik tanpa sebarang kesakitan dan akhirnya membantu saya berjaya meraih slot ke kejohanan dunia buat kali pertama,” katanya ketika ditemui sejurus tamat perlawanan di sini semalam.

Sebelum ini, Yi Wen sudah pun melakar kejutan apabila menyingkirkan pemain pilihan utama dari Taiwan, Cheng Nga Ching di pentas separuh akhir menerusi kemenangan 11-5, 11-1, 11-8. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI