SELEPAS lima bulan, pelakon dan sosialis terkenal, Paris Hilton terbuka mendedahkan wajah anak keduanya yang diberi nama London Marilyn Hilton Reum.
Hilton, 43, memuat naik foto memangku bayi perempuan yang dilahirkan pada November tahun lalu itu dalam Instagram baru-baru ini.
Dia turut mengakui sudah lama berhasrat untuk memberi nama London sekiranya dikurniakan seorang anak perempuan.
“Saya selalu mengimpikan memiliki seorang puteri bernama London sebelum ini.
“Sangat bersyukur dengan kelahirannya dan saya akan menghargai setiap momen bersamanya.
“Phoenix (anak sulung) dan London telah menghadiahkan rasa cinta terindah dalam hidup saya,” katanya yang mengahwini Carter Reum sejak 2021.