fbpx

Cabul kenalan WeChat, buruh dipenjara 7 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Ridhwan (tengah) dipenjara tujuh bulan kerana mencabul seorang wanita di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Gara-gara mencabul seorang wanita yang baru dua hari dikenali menerusi aplikasi WeChat, seorang buruh dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood memerintahkan demikian selepas tertuduh, Ahmad Ridhwan Abdullah Hazam, 31, membuat pengakuan selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencabul kehormatan seorang wanita berusia 24 tahun.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pantai Batu Burok di sini pada pukul 12.30 tengah malam, 16 April 2022.

Berdasarkan fakta kes, sewaktu kejadian, Ahmad Ridhwan baru pertama kali bertemu dengan mangsa setelah berkenalan menerusi aplikasi WeChat.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabut kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad, manakala tertuduh pula diwakili peguam, Marlisa Marzuki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI