fbpx

MCMC nafi dakwaan pegawai muak dengan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menafikan dakwaan para pegawainya sudah muak dengan kerajaan sekarang.

MCMC melalui satu kenyataan menafikan dakwaan yang dikatakan melibatkan tiga individu iaitu Badrul Hisham Shaharin (Chegubard), Mohamad Salim Iskandar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo).

Kata kenyataan tersebut, pihaknya telah membuat laporan polis pada 19 April lalu berdasarkan kandungan yang dimuat naik oleh ketiga-tiga individu berkenaan di platform media sosial pada 17 April lalu.

“Ada antara tiga individu tersebut telah memfitnah MCMC dengan menyatakan pegawai-pegawai yang terlibat dalam rakaman percakapan sudah muak dengan kerajaan semasa serta bertanya bila kerajaan akan bertukar.

“Sebagai sebuah badan berkanun, MCMC melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berpandukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan kesemua undang-undang subsidiari yang terkandung di dalamnya,” kata kenyataan itu hari ini.

Jelas kenyataan itu lagi, pihak MCMC telah menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk melakukan siasatan.

Penyebaran kandungan tidak benar dengan niat menganggu pihak lain adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

“Pesalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50, 000 atau penjara atau kedua-duanya sekali,” tambah kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI