fbpx

Sebahagian Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah akan ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

GEORGE TOWN – Sebahagian Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMA) atau lebih dikenali Jambatan Kedua Pulau Pinang akan ditutup bermula Selasa hingga Khamis ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemeriksaan kabel.

Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) berkata, laluan yang akan ditutup itu bermula dari KM12.5 hingga KM18.5 dan penutupan bermula dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang.

Katanya, sepanjang penutupan tersebut laluan kontra akan diaktifkan di kawasan berkenaan.

“Penutupan sementara ini untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemeriksaan kabel di rentang utama dan akan beroperasi seperti biasa selepas tamat pemeriksaan tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Menurut JKSB, pihaknya menasihatkan orang ramai mematuhi semua papan tanda dan arahan yang diberikan.

“Pengguna juga boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1-300-30-2828 untuk mendapatkan maklumat trafik atau ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI