fbpx

Tipu dosa, mati seksa – Isteri sindir Ippo Hafiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri Ippo, Norfarahin menafikan dakwaan suaminya itu dirinya dibenarnya bertemu tanpa masalah dengan anak mereka.

PETALING JAYA – Isu membabitkan anak antara penyanyi Ippo Hafiz dengan isterinya, Fara Roslan terus hangat apabila wanita itu menyindir kenyataannya yang mendakwa tidak pernah menghalang wanita itu bertemu anak bongsu mereka.

Ujar pemilik nama sebenar Norfarahin Mohd. Roslan, 36, andai benar seperti diperkatakan kepada umum, tentu dia sudah dapat melepaskan rindu terhadap si kecil yang baharu berusia dua tahun tiga bulan itu.

“Rindu anak mama yang sangat aktif ini. Kalau tiada halangan mesti dah jumpa kan?

“Tipu dosa, mati seksa kan dik? Ibrahim (anak) pun cakap takut,” katanya dalam perkongsian dalam Instagram Story.

Menerusi hantaran berbeza, Fara turut menafikan keluar dari rumah tanpa keizinan sejak November tahun lalu seperti didakwa
Ippo sebelum ini.

Malah, dia turut menyertakan bukti membawa kedua-dua anak lelakinya keluar dari rumah untuk berjalan-jalan sekitar Disember tahun lalu.

Menerusi perkongsian lain, Fara turut membuat naik video berkenaan seseorang yang suka mendakwa diri sebagai mangsa sedangkan individu terbabit adalah pencetus masalah.

Biarpun tidak menyebut mana-mana pihak, seolah-olah hantaran dikongsikan mengenai orang yang suka memanipulasi keadaan merujuk kepada situasi dihadapinya.

Terdahulu, Ippo atau Muhammad Hafiz Yaziz, 34, mengakui tidak pernah pernah menghalang Fara datang bertemu anak kedua mereka yang kini dalam jagaannya

Malah komposer terbabit juga sebelum itu meminta mana-mana pihak tidak menyebarkan berita palsu tentang dirinya.

Kemelut antara pasangan itu tercetus selepas seorang saudara terdekat Fara mendedahkan penyanyi Saat Bahagia itu memisahkan ibu dan anak.

Kenyataan berkenaan mendorong Ippo bertindak menghantar notis kepada pihak yang tidak didedahkan identitinya agar berhenti mengeluarkan hal tidak benar berhubung rumah tangganya.

Hantaran yang dibuat Ippo itu dipercayai membalas kepada satu perkongsian individu bernama Yazmin yang mendakwa penyanyi itu mungkir janji dan tidak membenarkan Fara berjumpa anak bongsunya.

Pada 12 Mac lalu, Ippo hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Ampang bagi sebutan pertama kes nusyuz yang difailkan terhadap isterinya.

Tuntutan dibuat susulan isterinya itu didakwa tidak pulang dan keluar rumah tanpa izin sejak November tahun lalu.

Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata termasuk putera sulungnya yang kini di bawah jagaan Fara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI