fbpx

Lelaki sedia lebih 200 cawan air sirap untuk murid merentas desa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran @kokshaf di laman TikToknya, semalam.

PETALING JAYA – Seorang lelaki sanggup menyediakan hampir 200 cawan air sejuk sebagai minuman untuk pelajar sekolah yang sedang merentas desa.

Menerusi hantaran di laman TikTok @kokshaf, dia pernah melakukan perkara sama tahun lalu dan merancang untuk meneruskan amalan tersebut bagi tahun-tahun yang mendatang.

“Merentas desa datang lagi. Tahun ini, kita jamu air sirap. Kalau ada rezeki, tahun depan kita jamu air yang lebih sedap.

“Terima kasih bagi semua yang mendoakan. Niat hanyalah nak bagi budak-budak gembira. Lagipun, anak saya juga sertai merentas desa kali ini,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai rata-ratanya menyokong penuh tindakan lelaki tersebut yang dilihat bertepatan dengan keadaan cuaca yang agak panas.

“Kalau cuaca panas ini dapat air sirap ais memang sedap,” kata Kieyyla.

Menurut Fiqah yang juga merupakan seorang guru, tindakan lelaki tersebut bukan sahaja dapat menceriakan hari murid yang sedang merentas desa, ia juga bakal menjadi memori yang indah yang akan diingati sampai bila-bila.

“Perkara kecil macam ini sudah cukup untuk buatkan saya sebak. Moga dimurahkan rezeki awak sekeluarga,” kata @Teacher Fiqah.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 15,200 tanda suka dan 622 komen. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI