fbpx

Keluarga guna bahasa ‘coding’ Matematik tarik perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara dialog perbualan menggunakan 'Bahasa Matematik'

PETALING JAYA – Bahasa ‘coding’ nombor atau bahasa matematik merupakan bahasa yang sangat unik dan hanya diketahui oleh orang-orang yang mempelajarinya sahaja.

Cara bertutur menggunakannya pula adalah dengan menggunakan angka nombor bagi menggantikan perkataan seperti yang biasa kita tuturkan, contohnya 4412 yang bermaksud ‘papa tua’.

Melalui perkongsian video di laman TikTok @IzhamMokhdar, yang mempraktikkan penggunaan bahasa matematik yang dipanggil ‘kaedah mokhdar’ ketika berborak dengan ahli keluarganya menarik perhatian orang ramai tentang bahasa unik ini.

“Bukan 175 kita lilac 1631, yang bermaksud bukan ke tema baju raya kita lilac ungu ke?

“Itulah 17518 darjah, 416158, tak b6 ke, dia lebih nak 516606, yang bermaksud itulah tema lari, jadi pelik, tak bincang ke, dia lebih nak menonjol,” antara dialog perbualan mereka.

Rata-rata pengguna teruja dengan bahasa pertuturan keluarga tersebut dan berminat untuk mempelajarinya.

“Bahasa F dan bahasa M yang dah ada pun belum dikuasai, inikan pula nak belakar bahasa Matematik,” komen seorang pengguna.

“Bang cuba fahamkan saya dengan tiga perkataan, nanti kepala saya sakit memikirkan macam mana nak fahamkan. Selagi tak dapat selagi tu berfikir,” komen Risdan.

“Susah nak masuk keluarga ni. Memang kena betul-betul sekufu baru tiada salah faham berlaku,” ujar seorang pengguna.

“Rindunya dulu hebat gila 816X 508X, siap boleh hafal buat lagu lagi. Kaedah ni yang buat Matematik SPM saya daripada gagal kepada A. Terima kasih,” kata seorang bekas pelajar kaedah tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI