fbpx

Pelajar meninggal dunia rentas desa: Institusi pendidikan diminta patuh garis panduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.

KPM dalam kenyataan berkata, pematuhan itu perlu dilakukan susulan seorang pelajar lelaki dari Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan meninggal dunia ketika melakukan aktiviti merentas desa semalam.

“KPM komited memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan murid
sentiasa diberi perhatian,” katanya tadi.

Dalam pada itu, KPM berkata pihaknya telah mengambil tindakan segera untuk memberi bantuan kebajikan kepada pihak keluarga.

“KPM menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga Nuqman Naufal Shamsul Fadzli.

“KPM menyeru semua pihak untuk menghormati privasi keluarga Allahyarham Nuqman Naufal,” ujarnya.

Semalam, Kosmo! melaporkan, seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar di Gentam, di sini, disahkan meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, Nuqman Naufal dikejarkan ke hospital dan diberikan rawatan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN).

Difahamkan pelajar itu menghidap penyakit jantung sejak 2016. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI