fbpx

Heubach jadi benteng ampuh Gergasi Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEUBACH memaklumkan bahawa dia sangat teruja dan menonton banyak video berkaitan pasukan Gergasi Merah di YouTube dan perlawanan siaran langsung, timbul keyakinan untuk mewakili Selangor FC.

PASUKAN Selangor mengesahkan kehadiran pemain import baharu dari Jerman, Tim Heubach yang dipercayai menguatkan benteng skuad Gergasi Merah bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Sebagai rekod, ini adalah kali pertama Heubach berkelana ke Asia selepas mewakili pasukan Borussia M’glabach II, 1. FC Kaiserslautern, FSV Frankfurt dan kelab Israel, Maccabi Netanya dari 2017 hingga 2020.

Kata Heubach, risikan Sela­ngor yang diketuai oleh Pengarah Teknikal, Michael Feichtenbeiner sukar untuk ditolak terutama apabila mengetahui pasukan ini memiliki peminat yang ramai

“Saya tidak pernah sampai ke Asia sebelum ini dan ingin mencari cabaran baharu di sini sebelum pulang ke tanah air (Jerman) apabila bersara nanti.

“Semasa berbincang dengan Michael mengenai Selangor, saya sangat teruja dan menonton ba­nyak video pasukan Gergasi Merah di YouTube dan perlawanan siaran langsung, timbul keyakinan untuk mewakili mereka.

“Malah, saya juga telah me­nemui Karsten Neitzel (ketua jurulatih) di Jerman pada bulan Oktober dan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengannya buat pertama kali,” kata pemain berusia 32 tahun itu.

Heubach merupakan pemain kedua yang baharu diperkenalkan oleh kem Merah Kuning yang terlebih dahulu menandatangani khidmat penyerang, Shahrel Fikri Md. Fauzi dari Perak pada awal minggu ini.

Sebelum ini Selangor telah mengesahkan dua pemain import, Ifedayo Olusegun dan Safuwan Baharudin dikekalkan, manakala khidmat tonggak ve­teran, Sandro da Silva mungkin digunakan untuk pasukan fee­der, Selangor 2 musim depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI