fbpx

9,365 kompaun berjumlah RM3.3 juta berhubung kesihatan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan sebanyak 9,365 kompaun bernilai kira-kira RM3.3 juta berkaitan kesalahan melibatkan undang-undang kesihatan awam sepanjang Mac lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 3,816 tawaran kompaun bernilai RM1,908,000 dikeluarkan berhubung Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan penyakit demam denggi.

Katanya, sejumlah 642 kes didaftar untuk tindakan mahkamah dan dalam masa yang sama sebanyak 95 kes disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda RM180,600.

Bagi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pula beliau berkata, daripada 18,178 premis yang dilawati, sejumlah 8,926 notis kesalahan dikeluarkan.

“Sebanyak 5,549 kompaun ditawarkan dengan nilai tawaran berjumlah RM1,384,600,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Radzi berkata, melalui tindakan penguatkuasaan Akta Makanan 1983, sebanyak 33,473 premis makanan diperiksa.

Katanya, sebanyak 124 premis makanan diberi perintah penutupan sementara di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 iaitu 0.37 peratus daripada keseluruhan premis makanan yang diperiksa.

“Tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan KKM adalah sebagai suatu langkah menjamin kebersihan premis serta makanan yang dihidangkan.

“Tindakan penguatkuasaan merupakan pilihan terakhir diambil KKM.

“Orang ramai serta semua pihak diminta menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI