fbpx

Cuaca dijangka cerah, baik di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca cerah dan baik di seluruh kawasan Semenanjung dan Sabah sehingga awal petang hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca cerah dan baik dengan suhu maksimum harian tidak melebihi 35 darjah Celsius itu dijangkakan apabila tiada taburan hujan yang dikesan di kebanyakan kawasan sehingga menjelang awal petang nanti.

“Bagaimanapun, tiupan angin dari pelbagai hala dengan kelajuan antara lima hingga 20 kilometer per jam (km/j) masih berlaku di seluruh negara yang berkemungkinan menyebabkan hujan lebat dan ribut petir pada sebelah petang.

“Sementara itu, cuaca lembap dan hujan di beberapa kawasan di Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak pada awal pagi akan beransur reda sebelum menjelang tengah hari,” ujar MetMalaysia.– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI