fbpx

Indonesia berjaga-jaga Gunung Ruang meletus lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK melihat Gunung Ruang dari Pulau Tagulandang di Sulawesi Utara baru-baru ini. – AFP

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghadapi  lebih banyak letusan dari sebuah pulau gunung berapi terpencil yang memaksa beribu-ribu penduduk berpindah pada minggu ini.

Gunung Ruang di Sulawesi Utara meletus hampir enam kali dalam tempoh 24 jam bermula lewat Selasa  lepas dengan memuntahkan lahar serta menghamburkan abu dan petir vulkanik.

Beberapa pegawai berkata, Gunung Ruang mulai  tenang hari ini tetapi pihak berkuasa mengekalkan amaran tahap 4 iaitu peringkat tertinggi sistem amaran bencana yang menunjukkan gunung berapi itu masih aktif.

Pihak berkuasa meminta pelancong dan penduduk untuk berada di luar radius 6 kilometer dari kawah gunung berapi itu.

“Aktiviti vulkanik Gunung Ruang masih tinggi dan letusan boleh berlaku. Ia akan menyaksikan batuan dihamburkan ke semua arah diikuti oleh awan panas dan aliran lahar,” kata ketua agensi vulkanik Indonesia, Muhammad Wafid dalam satu kenyataan.

Sementara itu, beratus-ratus penduduk di pulau berhampiran, Tagulandang dilihat membersihkan abu gunung berapi dari jeti dan halaman rumah mereka pagi tadi dengan dibantu anggota polis dan tentera.

Sebilangan mereka menceritakan perasaan panik ketika letusan bermula.

“Saya berpindah. Terdapat sebuah rumah dan saya berpindah ke sana. Kemudian hujan turun dan batu juga. Saya meminta belas kasihan Tuhan supaya menyelamatkan saya,” kata wanita berumur 59 tahun,  Ninice Hoata. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI