fbpx

Rumah lama untuk dijual, harga lebih RM2 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUMAH 100 bilik ini mahu dijual pada harga €423.86 juta di Perancis. - Foto ALAMY

PARIS – Sebuah rumah yang terletak di Seine-et-Marne, sekitar 64 kilometer dari pusat bandar Paris, diiklankan untuk dijual pada harga €423.86 juta (RM2.16 bilion), lapor akhbar Metro U.K. kelmarin.

Rumah dikenali sebagai Château d’Armainvilliers itu memiliki 100 bilik, ruang penginapan berkeluasan 2,500 meter persegi dan 1,000 hektar tanah termasuk sebuah tasik persendirian.

Dibina di atas bekas tapak istana abad ke-12, kediaman itu dibeli pada akhir abad ke-19 oleh Edmond de Rothschild.

Rumah tersebut kemudian dibeli oleh pemerintah Maghribi, Raja Hassan II pada tahun 1980-an.

Raja Hassan II membuat pelbagai perubahan termasuk membina kemudahan perubatan dan pergigian serba lengkap.

Baginda juga membina tingkat bawah dilengkapi terowong, dapur, bilik sejuk, ruang penyimpanan dan kuarters kakitangan.

Monarki itu pula menjual rumah tersebut pada harga €200 juta (RM1.02 bilion) kepada pembeli yang tidak didedahkan dari Asia Barat pada 2008 yang kini memutuskan untuk menjualnya semula. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI