fbpx

Kakak maafkan semua orang – Adik Ruhainies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADIK pelakon Ruhainies, Asha Zainul mengenai sifat bangga dengan sifat kakaknya yang pemaaf.

PETALING JAYA – “Saya bangga dengan kakak yang telah memaafkan semua orang.”

Demikian yang dikongsi adik kepada pelakon Ruhainies dikenali sebagai Asha Zainul mengenai sifat pemaaf kakaknya yang wajar dijadikan teladan.

“Saya berbual dengan kakak, di mana hari ini juga hari terakhir kami di Tanah Suci.

“Saya sangat memandang tinggi kepadanya yang telah berdiam diri selepas semua yang berlaku.

“Awak juga berkata telah memaafkan semua orang termasuk yang bercakap buruk serta menabur fitnah di sana sini,” katanya dalam InstaStory hari ini.

Tambah Asha, dia juga bangga memiliki seorang kakak yang memiliki sikap murni sebegitu meskipun sudah dihambat dengan kontroversi tangkap khalwat sebelum ini.

“Saya bangga dengan awak.

“Menjadi seorang yang ikhlas untuk memaafkan tanpa perlu memberitahu satu dunia adalah perkara hebat, subhanallah,” kongsinya.

Tangkap layar hantaran InstaStory adik Ruhainies.

Dia juga berharap pelakon drama Cukup Derita itu tenang dan kuat dalam menghadapi setiap dugaan hidup.

“Semoga Allah SWT memakbulkan doa keluarga, kawan rapat dan saya sendiri yang akan sentiasa ada untuk awak kerana kami tahu apa yang orang lain tidak tahu.

“Tolong kekal tenang sebegini kerana saya sangat kagum dengan apa yang anda lakukan ketika ini.

“Hari yang baik akan datang, insya-Allah,” kongsinya lagi.

Pada 8 Mac lalu, nama Ruhainie meledak selepas ditangkap khalwat bersama pelakon Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di ibu negara. – KOSMO! ONLINE

Dia juga mengambil pendirian menyepikan diri selepas menerima kecaman hebat apabila memuat naik penjelasan terperinci mengenai kronologi kes tangkap khalwat tersebut.

Dia juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan balas apabila isteri Aliff, Bella Astillah membuat pendedahan bahawa Ruhainies dan suaminya sememangnya mempunyai hubungan sulit.

Terdahulu, Ruhainies menzahirkan rasa syukur apabila dapat menyambut hari raya di Tanah Suci pada tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI