fbpx

Lelaki temui wang tunai ditutupi daun pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki menemui wang tunai sebanyak 5.4 juta rupiah (RM1,587.68) yang ditutupi dengan daun pisang di bawah sebatang pohon. - @junaaa_ori

JAKARTA – Satu rakaman video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki menemui wang tunai berjumlah 5.4 juta rupiah (RM1,588) di bawah sebatang pokok, lapor akhbar TribunJateng semalam. 

Rakaman mengenainya dimuat naik oleh akaun @junaaa_ori. Wang tunai itu ditutup dengan daun pisang dan ditemui di sebuah kawasan perkuburan. 

Lelaki yang menemuinya  dilaporkan sedang merokok di bawah pohon bambu sebelum pulang ke rumah dari tempat kerja. 

Dia kemudian melihat objek berwarna merah dan menemui wang tunai berkenaan di sebuah kubur Cina.

Lebih mengejutkan apabila tempat itu sering digunakan untuk meletakkan sajian buat jasad yang telah meninggal dunia atau persembahan. 

Bagaimanapun, pemilik akaun menganggap wang tunai itu diletakkan untuk menolak bala. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI