fbpx

Afidavit Ahmad Zahid terhadap Titah Adendum atas kapasiti Presiden UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menunaikan solat Jumaat bersama jemaah yang hadir di Masjid Bandar Teknologi Kajang, hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

KAJANG – Afidavit diikrarkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung Titah Adendum dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 mengenai kebenaran melaksanakan baki hukuman Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi tahanan rumah (house arrest) dibuat atas kapasiti sebagai Presiden UMNO.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau juga tidak mahu terlibat dalam perbincangan titah berkenaan kerana ia bidang kuasa Lembaga Pengampunan.

“Saya tidak mahu terlibat dalam perbincangan soal adendum dan sebagainya. Ini bidang kuasa Lembaga Pengampunan, selepas itu wewenang sepenuhnya Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu.

“Sepatutnya semua pihak terima kenyataan tersebut dan terus dengan tumpuan untuk menjamin keamanan, kuatkan kestabilan politik dan membangunkan negara,” katanya
katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Teknologi Kajang di sini hari ini.

Ditanya lebih lanjut afidavit tersebut, Anwar berkata, ia dilakukan oleh Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri selaku Presiden UMNO.

“Itu beliau lakukan sebagai Presiden UMNO, dan Peguam Negara tentunya bagi pihak Lembaga Pengampunan. Pendirian kita, semua urusan yang libat raja-raja tidak harus dicabar.

“Sebab itu saya tidak mahu ulas selain mengatakan ini prinsip pendirian kerajaan bukan sahaja sekarang, tapi selamanya sejak merdeka,” katanya.

Menerusi afidavit diikrarkan Ahmad Zahid pada 9 April lalu, beliau dimaklumkan mengenai kewujudan titah itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika pertemuan di rumah Presiden UMNO berkenaan di Country Heights, 30 Januari tahun lalu.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, beliau melihat dan membaca Titah Adendum itu dan jelas dengan isi kandungannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI