fbpx

Ibrahimovic belum umum persaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBRAHIMOVIC masih mampu beraksi cemerlang meskipun sudah berusia 39 tahun. - AFP

MILAN – Bintang veteran AC Milan, Zlatan Ibrahimovic menepis dakwaan bahawa dia mahu bersara daripada kancah bola sepak profesional disebabkan faktor umurnya yang kini sudah berusia 39 tahun.

Sebaliknya, penyerang sensasi itu menegaskan, dia tidak pernah terlintas mahu menggantung but selagi fizikal badannya masih mampu untuk bersaing dalam perlawanan kompetitif tinggi seperti sai­ngan Serie A di Itali ketika ini.

Ia terbukti apabila Ibrahimovic berjaya menyumbat 10 gol daripada enam aksi Serie A bersama Milan musim ini walaupun terlepas beberapa perlawanan disebabkan positif wabak pandemik Covid-19 hujung September lalu.

“Saya akan terus bermain sehingga saya tidak mampu lakukannya lagi. Badan saya masih kuat dan masih boleh bersaing dengan pemain-pemain muda, jadi saya tak perlu risau mengenai perkara ini.

“Saya seorang yang kaya dengan pengalaman. Saya perlu akui tahap saya sekarang tidak sama dengan lima atau 10 tahun lalu disebabkan pe­ningkatan usia dan perubahan tahap fizikal.

“Saya masih boleh meledak banyak gol walaupun bermain di liga yang cukup sukar buat pemain penyerang seperti sai­ngan Serie A. Ini kerana falsafah bola sepak Itali lebih kepada memastikan anda tidak bolos daripada menjaringkan gol,” kata Ibrahimovic.

Kecemerlangan Ibrahimovic ternyata menguntungkan Milan yang berjaya mencipta kejutan mendahului carta Serie A dengan lapan kemenangan dan dua keputusan seri daripada keseluruhan 10 perlawanan setakat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI