fbpx

Tapak pembuangan beras, sisa makanan tiada lesen: SWCorp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharudin

KUANTAN – Lokasi pembuangan beras dan barangan makanan di Rumpun Makmur, Kuala Krau di Temerloh yang tular sejak semalam dikenalpasti tidak berlesen.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang, Sharudin Hamid berkata, susulan dariapda itu, pihaknya mengambil langkah awal dengan melakukan penutupan bagi tujuan siasatan lanjut.

Katanya, pelaksanaan penutupan itu dilakukan dengan memasang pita penghalang dan papan tanda amaran larangan membuang sampah haram di lokasi kejadian.

“Kita telah ke lokasi kejadian dan mendapati sebahagian dari sisa buangan seperti yang tular dalam gambar tiada di lokasi mungkin kerana ada pihak yang telah mengambil dan melupuskannya di tempat lain.

“Hasil siasatan awal dari lokasi berkenaan kita dapati lokasi ini adalah di satu tapak pelupusan sampah yang tidak dilesenkan dibawah Akta 672 iaitu dibawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan pejabat SWCorp Pahang, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI