fbpx

Netizen sokong Bella Astillah cari pengganti segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS berhadapan kemelut rumah tangga, netizen restu sekiranya pelakon Bella Astillah mencari pengganti tempat Aliff Aziz.

PETALING JAYA – “Habis idah terus kahwin pun kami gembira.”

Demikian saranan netizen terhadap pelakon Bella Astillah yang menghadapi ujian hebat dalam rumah tangganya dengan penyanyi Aliff Aziz.

Idea tersebut tercetus selepas Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella, 30, memuat naik video penyegerakan bibir (lip sync) lagu Cinta Setandan Pisang.

Lebih menarik perhatian apabila ibu kepada dua anak itu memasukkan kapsyen mengenai pertanyaan orang tentang pengganti suaminya.

“POV: Bila mak cik tanya sudah ada penggantikah?,” tulisnya.

Kebanyakan netizen pula memberikan sokongan Bella agar segera bertemu pengganti yang mampu menjadi pembimbing sekali gus mengisi tempat Aliff.

“Ada cepat pun tidak mengapa Bella. Kami netizen beri sokongan,” kata pengikut.

“Semoga bertemu jodoh dengan lelaki yang soleh dan boleh membimbing ke jalan yang benar,” ujar peminat.

“Kumbang bukan seekor. Bagi peluang kepada orang yang betul-betul menyayangi kita seadanya,” tutur netizen.

Kemelut rumah tangga Bella dan Aliff sampai ke kemuncaknya selepas lelaki itu ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama pelakon, Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Bella kemudian memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, pelakon asal Singapura itu enggan melafazkan talak pada sebutan kes cerai dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 4 April lalu.

Mahkamah menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI