fbpx

Kawal sempadan utara secara bersama mulai tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BUKIT KAYU HITAM – Kawalan dan rondaan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di utara Semenanjung akan dilakukan secara bersama membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) bermula tahun depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua anggota keselamatan terlibat akan berkongsi kawasan tanggungjawab menerusi operasi Op Benteng.

“Daripada segi kawalan, sekarang kita bahagikan kawasan. Sebagai contoh, operasi kawasan sempadan di sini dipanggil Op Pagar yang mana ia dijaga oleh ATM dan di kawasan lain pula dijaga pihak polis.

“Mulai tahun depan, kita akan laksanakan Op Benteng yang sebenar (secara bersama) seperti dilaksanakan di kawasan lain seperti penjagaan di laut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja ke Kem Penempatan Tentera Darat dan kawasan operasi di utara Semenanjung di Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

Kata beliau, kawalan secara bersama itu antara lain dapat meningkatkan keberkesanan operasi termasuk dalam membuat tangkapan bagi kegiatan penyeludupan.

“Daripada segi kuasa, tentera tidak mempunyai kuasa untuk menangkap, jadi bila berlaku pencerobohan, pihak polis akan dipanggil untuk bantu daripada segi tangkapan.

“Jadi, semua tindakan ini dapat dilakukan secara serta-merta sebaik sahaja kawalan dan rondan di sepanjang sempadan ini dilakukan bersama,” ujarnya.

Selain itu, menurutnya, dua pos kawalan iaitu pos sempadan terkoordinasi akan diwujudkan di sempadan negara dalam daerah Padang Terap dekat sini pada tahun depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI