fbpx

59 penerbangan AirAsia ke Sabah, Sarawak dibatalkan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan semasa di KLIA Terminal 2 selepas AirAsia membatalkan 59 penerbangan ke Sabah dan Sarawak hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

SEPANG- Sebanyak 59 penerbangan syarikat AirAsia melibatkan laluan ke Sabah dan Sarawak dibatalkan hari ini susulan impak yang tercetus akibat letusan Gunung Ruang di Sulawesi, Indonesia baru-baru ini.

Difahamkan, pembatalan penerbangan pada hari ini bukan sahaja melibatkan laluan antara Kuala Lumpur ke destinasi Sabah dan Sarawak, namun turut meliputi laluan antarabangsa seperti Singapura, Shenzen, Hong Kong dan Taipei.

Antara laluan lain yang terjejas termasuklah Kuala Lumpur- Kota Kinabalu yang sepatutnya berlepas pada pukul 7.15 pagi tadi selain Kuala Lumpur- Tawau (7.20 pagi) dan Penang- Kota Kinabalu (10.15 pagi).

Selain itu, laluan ke destinasi seperti Sandakan, Kuching, Miri serta Bintulu juga turut terjejas.

Susulan itu, AirAsia dalam satu kenyataan berkata, semua penumpang terjejas dinasihatkan untuk menyemak status penerbangan terkini mereka di airasia.com/flightstatus.

“AirAsia telah memaklumkan semua tetamu yang terjejas. Tetamu yang melancong ke atau dari destinasi yang terlibat digalakkan untuk menyemak e-mel dan telefon bimbit berdaftar mereka untuk pemberitahuan pembatalan.

“Tetamu AirAsia yang melakukan perjalanan ke atau dari destinasi yang terjejas amat digalakkan untuk menyemak status penerbangan terkini mereka di airasia.com/flightstatus,” katanya hari ini.

Semalam, sebanyak 40 penerbangan AirAsia bagi laluan ke Sabah dan Sarawak telah disambung semul selepas dibatalkan ekoran letusan gunung berapi di Indonesia.

Penerbangan pertama telah dibuat pada pukul 7.05 malam ini melibatkan laluan Kuala Lumpur- Bintulu, seterusnya diikuti oleh destinasi Kuala Lumpur-Sibu dan Johor Bahru- Sibu pada pukul 7.15 malam.

Bagaimanapun, Kosmo! difahamkan, penerbangan yang dijadualkan disambung semalam turut terjejas hari ini di mana ada antaranya telah dibatalkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI