fbpx

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zaidi meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaidi

MELAKA – Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham melalui akaun rasmi Facebook miliknya.

Beliau turut menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat Perkhidmatan Awam khususnya negeri Melaka.

“Saya berasa amat dukacita di atas pemergian Allahyarham dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama kalangan orang beriman dan bertaqwa.

“Dititipkan juga iringan doa semoga keluarga Allahyarham tabah dan sabar menghadapi ujian kehilangan orang tersayang serta dipermudahkan segala urusan,” tulisnya.

Allahyarham Zaidi merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang ke-29.

Difahamkan Allahyarham sekeluarga sepatutnya mengadakan jamuan rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Bukit Peringgit, dekat sini, esok.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI