fbpx

46 suspek terlibat judi atas talian, loteri awam tanpa lesen ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan seramai 46 suspek yang dipercayai terlibat dalam pelbagai aktiviti berkaitan kegiatan judi atas talian dan loteri awam tanpa lesen di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, kesemua mereka ditahan menerusi Op Dadu Khas yang dijalankan secara serentak di beberapa lokasi, semalam.

“Kesemua yang ditahan terdiri daripada 39 lelaki dan tujuh perempuan berusia antara 18 hingga 64 tahun. Seorang daripada perempuan itu merupakan warga Indonesia.

“Operasi yang dijalankan ini menyasarkan premis yang dipercayai menjalankan kegiatan judi atas talian dan loteri awam tanpa lesen. Tindakan pemotongan bekalan elektrik dan pembatalan lesen perniagaan turut dibuat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Kumar, sebanyak 22 mesin pencetak, 42 telefon bimbit, 102 helai kertas catitan dan wang tunai berjumlah RM6,935 turut dirampas.

“Semua suspek yang ditahan akan dikenakan reman sementara kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) dan Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI