fbpx

JDT makin ‘tunjuk taring’ di Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain JDT, Nazmi Faiz meraikan jaringan gol yang dilakukan oleh Oscar Arribas sebentar tadi. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) terus garang di bumi Sepanyol apabila melakar kemenangan kedua pada siri jejalah pramusim Eropah dengan menewaskan kelab Sepanyol, CF La Nucia 3-1 sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Olimpik Camilo Cano itu, skuad Harimau Selatan kendalian Hector Bidoglio merombak kesebelasan utama berbanding aksi ketika bertemu Real Murcia semalam.

Pemain-pemain seperti Natxo Insa, Syahmi Safari, La’vere Corbin-Ong dan Oscar Arribas diberi peluang untuk membuktikan keupayaan pada aksi kali ini.

JDT terlebih dahulu dikejutkan dengan corak serangan pantas pasukan tuan rumah yang meraih gol pada awal perlawanan menerusi ledakan Cristian Martinez pada minit ke-8.

Namun, Harimau Selatan berjaya bangkit apabila Aribbas meledak dua gol pada minit ke-26 dan m-72 selain satu lagi gol disumbangkan oleh Nicolao Dumitru pada minit ke-37.

Keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan dengan juara ‘double quadruple’ itu meneruskan momentum cemerlang susulan kemenangan 3-0 yang dilakar ke atas Real Murcia semalam.

Ini adalah aksi pemanas badan keempat buat JDT selepas menentang kelab Singapura, Lion City Sailors dua kali pada awal bulan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI