fbpx

Tukang masak dipenjara empat bulan ugut skandal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan ugutan jenayah. Foto MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Tindakan seorang lelaki mengungut untuk mencederakan teman wanitanya berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman membuat ketetapan itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh, Na Chun Kian, 41, sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa mandarin oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai tukang masak didapati menakutkan secara jenayah terhadap seorang wanita berusia 39 tahun kerana enggan memberinya wang.

Kesalahan itu dilakukan antara pukul 9 malam hingga 11 malam di sebuah rumah bernombor, Taman Bachang Baru dalam daerah Melaka Tengah pada 27 Februari 2024.

Sabit Kesalahan tertuduh boleh dipenjara mksimum tujuh tahun atau denda atau keduanya sekali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara empat bulan bermula dari tarikh ditangkap pada 28 Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI