fbpx

Penangan idea baik, Alif ditaja tauke emas ke London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIF dilantik sebagai duta syarikat perniagaan emas, GB Gold Malaysia.

TERUS komited meluaskan jenama muzik Alif Satar & The Locos (ASTL), vokalis kumpulan terbabit iaitu Alif atau nama sebenarnya, Muhammad Alif Mohd. Satar teruja dapat mengadakan persembahan di London buat kali kedua.

Walaupun hanya enam hari dapat beraya bersama keluarga, Alif berkata, dia dan band ASTL teruja untuk menghiburkan peminat mereka di dua lokasi yang terpilih di sana.

ALIF dilantik sebagai duta syarikat perniagaan emas, GB Gold Malaysia.

ASTL di London

“Kalau konsert kali pertama di UK dulu pada Februari 2019, ASTL ketika itu hiburkan penonton di London saja, namun bagi konsert kali ini kami pergi ke dua lokasi iaitu Sheffield dan London atas permintaan peminat.

“Alhamdulillah, ASTL ke sini (London) selama 14 hari dan syukur sangat apabila konsert kami memang dinantikan peminat dan difahamkan juga penjualan tiket laris dan dapat sambutan.

“Sebagai penyanyi, ASTL hanya mahu memberikan persembahan terbaik kami. Tapi, memang tak sangka walaupun masih ‘mood’ sambut raya, tiket show mampu terjual juga,” katanya.

Alif, 34, berkata, dia sangat bersyukur kerana semua kejayaan dimilikinya sekarang adalah berkat doa daripada ibu bapa dan isteri yang sentiasa memberi sokongan.

Dalam pada itu, imej bersih dimiliki Alif mencuri perhatian syarikat perniagaan emas, GB Gold Malaysia memilihnya sebagai duta mereka.

ALIF dan The Locos kini sedang menjayakan kobsert jelajah di London.

Duta emas, keluaran khas

Alif berkata, peluang berkenaan sememangnya sudah lama dinantikan kerana sudah lama dia ingin menceburi perniagaan emas.

“Sebenarnya, saya sudah lama berminat dalam perniagaan emas ini, dan saya juga menjadi pengumpul koleksi ‘gold bar’.

“Apabila pihak GB Gold Malaysia menawarkan saya menjadi duta, saya teruja kerana mereka tidak mengeluarkan produk biasa, namun jenama yang istimewa,” katanya ketika pada majlis memperkenalkannya sebagai duta, baru-baru ini.

Bersempena kolaborasi tersebut, GB Gold Malaysia menghasilkan keluaran eksklusif bar emas Alif dinar berbentuk huruf Alif yang juga pertama di negara ini.

Melalui pelancaran itu, Grand Bullion Gold Sdn. Bhd. atau GB Gold turut menandatangani perjanjian dengan Alif sekali gus bertujuan memantapkan lagi jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Bagi rekaan tersebut, huruf Alif yang diukir dan tertera tulisan hayya a’lal falah yang bermaksud marilah menuju kejayaan dan kemenangan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahfizzam Moideen berkata, Alif dipilih syarikatnya bersandarkan prestasi konsisten sebagai ikon artis serba boleh serta mempunyai idea dan positif.

“Alif Satar dipilih sebagai duta yang menjadi antara satu usaha GB Gold mengembangkan kesedaran mengenai kelebihan menyimpan emas.

“Istimewanya Alif Satar selalu membawa idea segar dan baharu malah mengambil kesempatan dirinya yang popular untuk mengajak orang ramai ke arah kebaikan,” katanya yang turut bertindak sebagai penaja utama konsert jelajah ASTL di London.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI