PETALING JAYA – AirAsia Berhad (AirAsia) membenarkan para penumpang syarikat penerbangannya untuk membuat penukaran tarikh baharu selepas terjejas ekoran pembatalan beberapa penerbangan yang dijadual berlepas dari atau ke Sabah dan Sarawak dengan Kuala Lumpur susulan letusan Gunung Ruang di Indonesia.
AirAsia dalam kenyataan berkata, penumpang terjejas boleh membuat perubahan sekali kepada mana-mana tarikh perjalanan baharu dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas asal pada laluan yang sama tanpa kos tambahan.
AirAsia juga membenarkan penumpang terjejas untuk mengekalkan nilai tempahan penerbangan dalam bentuk kredit bagi perjalanan masa depan dengan syarikat penerbangan itu untuk ditebus dalam tempoh dua tahun dari tarikh pengeluaran.
“Tetamu yang ingin membuat perubahan tempahan dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau aplikasi AirAsia Move,” katanya.
Berikut adalah senarai penerbangan AirAsia yang terjejas:
* AK5746 (KUL-TWU)
* AK5747 (TWU-KUL)
* AK9746 (KUL-TWU)
* AK9747 (TWU-KUL)
* AK5748 (KUL-TWU)
* AK5749 (TWU-KUL)
* AK5744 (KUL-TWU)
* AK5745 (TWU-KUL)
* AK6260 (BKI-TWU)
* AK6261 (TWU-BKI)
* AK6266 (BKI-TWU)
* AK6267 (TWU-BKI)
* AK6268 (BKI-TWU)
* AK6269 (TWU-BKI)
* AK6264 (BKI-TWU)
* AK6265 (TWU-BKI) – KOSMO! ONLINE