fbpx

28,531 calon UPKK 2023 peroleh keputusan semua 8A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatat keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran peperiksaan itu.

Jumlah itu dilihat meningkat berbanding 19,266 calon memperoleh 8 A pada tahun 2022.

Lapan mata pelajaran terbabit ialah Bidang al-Quran; Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah); Sirah; Adab (Akhlak Islamiah); Jawi dan Khat; Lughatul Quran; Penghayatan Cara Hidup Islam; serta Amali Solat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, berkata 88 peratus calon mencatat lulus keseluruhan iaitu peratusan sama pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata, pencapaian Gred Purata Skor UPKK secara keseluruhan pula menunjukkan peningkatan iaitu 1.89 mata berbanding 1.99 mata pada tahun sebelumnya.

“GPS mata pelajaran UPKK 2023 turut meningkat iaitu al-Quran sebanyak 1.35 mata; Ulum Syariah (2.52); Sirah (2.31); Adab (2.03); Jawi dan Khat (1.97); Lughatul Quran (2.56); Penghayatan Cara Islam (1.17) dan Amali Solat (1.17).

“Calon yang mendapat 8A berjumlah 28,531 calon dengan peratusan 12.37 peratus manakala, calon yang mendapat 7A berjumlah 18,185 calon dengan peratusan 7.89 peratus.

“Calon yang mendapat 6A berjumlah 19,606 calon dengan peratusan 8.50 peratus manakala, calon yang mendapat 5A berjumlah 25,697 calon dengan peratusan 11.14 peratus,” katanya pada majlis pengumuman keputusan UPKK 2022, di sini, hari ini.

Katanya, secara keseluruhan, majoriti semua mata pelajaran menunjukkan peningkatan peratusan kelulusan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI