fbpx

Pelancong dikecam goncang pokok bunga sakura di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video sekumpulan pelancong dari Indonesia merosakkan tanaman bunga sakura di Japan. - FACEBOOK/ JAPAN TRAVEL TIPS & PLANNING

TOKYO – Sebuah rakaman video tular di media sosial memaparkan kelakuan sekumpulan pelancong dari Indonesia merosakkan pokok bunga sakura di Jepun dengan menggoncang pohon itu, lapor akhbar Tribunnews semalam.

Menurut laporan, tindakan itu dilakukan agar gambar yang dirakam kelihatan cantik.

Rakaman itu dikongsikan di akaun Facebook Japan Travel Tips & Planning pada 11 April lalu.

Menerusi rakaman itu, kumpulan pelancong tersebut dilihat sedang berjalan di sebuah taman dan merakam gambar di bawah pokok bunga sakura. 

Tidak lama kemudian, seorang lelaki dipercayai ahli rombongan itu menggoncang pohon tersebut agar bunganya gugur untuk memberi kesan latar belakang yang cantik dalam gambar.

Oleh kerana goncangan terlalu kuat, ranting di pohon berkenaan patah dan jatuh. 

Tindakan mereka menimbulkan kemarahan netizen.

“Pelancong mahupun warga tempatan dilarang menyentuh pohon sakura, apatah lagi memetik bunganya,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI