fbpx

Marissa Dania mengaku silap, enggan sentuh topik ‘madu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARISSA DANIA

LEBIH lima bulan mengunci mulut berkenaan pernikahan dengan suami orang, pengakuan pempengaruh Marissa Dania Hakim mengenai khilaf menyakiti hati banyak pihak mengundang perhatian.

Menurut personaliti jelita berusia 19 tahun itu, dia bukan mahu mengelak atau melarikan diri, sebaliknya ingin menjaga nama baik keluarga serta semua pihak yang terbabit.

Marissa juga mengakui berpoligami adalah jalan yang dipilih bersama Aslam, selain mohon diberikan ruang untuk menyelesaikan masalah rumah tangga tanpa campur tangan pihak luar.

Apa pun kita doakan sahaja urusan keluarga anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi itu diberi ketenangan termasuk urusan dengan madu.

Walaupun tengok netizen tinggalkan komen pedas, Mizz Lahar yakin ramai yang berharap kehidupan pasangan terbabit dengan isteri pertama Ahmad Aslam boleh harmoni.

Mizz Lahar: Dalam diam, suami selebriti cantik pernah pasang niat nak kahwin lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI