fbpx

Lelaki disyaki pengedar dadah diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Haki (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian pil dan serbuk disyaki dadah yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang lelaki disyaki pengedar dadah sanggup menunggang motosikal Yamaha 125Z sejauh kira-kira 200 kilometer dari Jerteh, Besut semata-mata untuk menjual barang terlarang itu di daerah ini.

Begitupun, hajat suspek berusia 36 tahun itu tidak kesampaian apabila dia diberkas polis di tepi jalan di Jalan Gelugor, Kampung Tengah, Kerteh dekat sini pada pukul 9.30 malam, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, suspek dipercayai mahu mengedar dadah jenis pil kuda dan heroin yang dianggarkan bernilai keseluruhan RM28,500.

“Anggota polis yang sedang melakukan rondaan bertindak menahan suspek yang berada di tepi jalan berkenan dalam keadaan mencurigakan.

“Dia berjaya diberkas walaupun pada mulanya melawan dan bergelut dengan anggota polis terlibat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini hari ini.

Mohd. Haki berkata, pemeriksaan menjumpai sembilan plastik biru yang mengandungi 1,800 biji pil seberat kira-kira 174.9 gram disyaki pil kuda di dalam beg sandang suspek.

Tambah beliau, polis juga merampas tiga botol plastik berisi serbuk atau ketulan bewarna putih seberat 16.64 gram dipercayai dadah jenis heroin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI