fbpx

Serangan Iran-Israel: Perak kumpul maklumat keadaan pelajar di Jordan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAARANI (empat dari kiri) melancarkan Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak Tahun 2024 di pejabatnya di Ipoh, Perak hari ini.

IPOH – Kerajaan Perak sedang mengumpul maklumat tentang pelajar negeri itu yang berada di Jordan susulan ketegangan antara Iran dan Israel.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, usaha itu sedang dilakukan biarpun jumlah pelajar berkenaan tidak ramai seperti di Mesir.

“Kerana pelajar-pelajar Jordan pun diuruskan oleh atase pelajar di Mesir. Kita sedang mengumpul maklumat, tengok keadaan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis pelancaran Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak Tahun 2024 di sini hari ini.

Sementara itu katanya, kerajaan negeri juga sedia membantu pelajar di Universiti al-Azhar Mesir, Muhammad Nur Hadi Salehuddin bagi membawa pulang 200 khazanah kitab turath tulisan ulama Nusantara yang dikumpul di negara itu.

“Saya tahu ia melibatkan kos. Kerana dia sendiri telah mengeluarkan duit poket dia RM20,000. Hendak membawa pulang itu akan memakan kos.

“Kita bincang dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), di mana yang kerajaan negeri boleh menampung kita akan membantu,” katanya.

Baginya, usaha dibuat itu bukan sesuatu yang mudah dan sebarang bentuk penghargaan atau pengiktirafan boleh mencipta galakan serta motivasi kepada orang lain untuk membuat perkara sama.

Dalam majlis dihadirinya, Saarani berkata, Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan yang disediakan adalah inisiatif untuk meringankan beban kewangan mahasiswa daripada keluarga kurang berkemampuan dan yang menghadapi situasi luar jangka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI