fbpx

Lagi hujan lebat, angin kencang di enam negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, angin kencang dan ribut petir di enam negeri sehingga 6 petang hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, amaran cuaca buruk itu dikeluarkan melibatkan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Tampin dan Rembau), Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kinta, Hulu Perak dan Kuala Kangsar), Pahang ( Tanah Tinggi Cameron, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).

“Hujan lebat berserta ribut petir ini juga dijangka berlaku di Sarawak melibatkan Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Bintulu(Tatau dan Sabauh), Miri (Marudi) dan Limbang.

“Dalam pada itu, keadaan cuaca buruk sama dijangka tertumpu di Sabah, melibatkan Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu).

Terdahulu menerusi laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bacaan dua sungai di Negeri Sembilan iaitu Sungai Linggi di Pekan Linggi, Port Dickson dan Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau dilaporkan telah melepasi tahap bahaya akibat hujan berterusan pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI