fbpx

Penumpang diminta tidak pergi ke lapangan terbang Dubai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUMPANG beratur di depan kaunter penerbangan transit di DBX, Dubai hari ini. - Foto AFP

DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) – Penumpang dinasihatkan agar tidak pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) melainkan jika benar-benar perlu, demikian menurut nasihat dikeluarkan oleh DXB awal hari ini seperti dilaporkan laman berita Gulf News.

“Disebabkan keadaan cuaca yang tidak pernah berlaku sebelum ini di UAE, DXB menasihatkan penumpang supaya tidak datang ke lapangan terbang, melainkan jika benar-benar perlu.

“Penerbangan masih ditangguhkan dan dilencongkan. 

“Sila hubungi syarikat penerbangan anda untuk mendapatkan maklumat terkini tentang status penerbangan anda. Kami sedang berusaha keras untuk memulihkan operasi secepat mungkin dalam keadaan yang sangat mencabar,” kata jurucakap DBX.

Lapangan terbang itu dilanda banjir akibat hujan lebat sehingga landasan digenangi air banjir, menyebabkan ia terpaksa ditutup kira-kira 30 minit semalam. 

Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dalam banjir di UAE apabila seorang lelaki berusia 70 tahun dihanyutkan air ketika dia berada di dalam kereta di Ras Al-Khaimah, kata polis. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI