fbpx

[VIDEO] ‘Syamsul Yusof tak balik raya, saya tidak ambil hati pun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yusof Haslam tidak berkecil hati anaknya, Syamsul Yusof masih tidak pulang beraya sehingga hari ini.

KUALA LUMPUR – Penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam tidak terasa hati meskipun anak lelakinya yang juga pengarah, Syamsul Yusof masih tidak pulang ke rumahnya pada hari raya tahun ini.

Yusof atau nama sebenarnya Md. Yusof Md. Haslam berkata, isterinya, Datin Patimah Ismail juga sudah boleh menerima realiti tersebut.

“Seperti yang anda semua tahu, Syamsul tak balik beraya dengan kami pada tahun ini.

“Namun tidak mengapa, kami tak ambil hati pun dan kami dah boleh terima benda ini. Semua ini adalah qada’ dan qadar,” katanya.

Dalam masa sama, dia sentiasa percaya bahawa kasih sayang Syamsul terhadap mereka masih kuat meskipun sudah lama tidak pulang ke kediaman keluarga mereka sejak beberapa tahun lalu.

“Saya percaya dia seorang anak, kasih sayang dia pada ibu dan ayah dia tetap utuh.

“Biasalah budak muda merajuk tetapi kami memang tak ambil hati,” jelasnya.

Mengulas hubungan baiknya dengan keluarga Puteri Sarah, Yusof berkata keakraban itu akan kekal selama-lamanya.

“Sehingga ke hari ini, hubungan kami okey sahaja macam biasa dan ada masa kami akan keluar makan bersama.

“Tak ada satu jurang pun antara kami walaupun Syamsul dan Puteri Sarah sudah berpisah.

“Bagi saya, kami dah ada cucu dan itulah yang mengeratkan lagi hubungan kami,” jelasnya.

Dia dan isteri juga menerima dengan berlapang dada sekiranya Puteri Sarah memilih untuk berkahwin lain kerana berhak memiliki kebahagiaan sendiri.

“Bagi saya itu jodoh dia. Kalau Syamsul pun ada jodoh dia, Sarah juga ada jodohnya juga.

“Kami reda dan kita bukanlah nak buang Sarah kalau dia kahwin lain, tidak. Dia pun masih boleh beraya bersama kami,” tuturnya.

Sarah sebelum ini disahkan bercerai dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof pada 13 Jun tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul dan Sumayyah.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI