PETALING JAYA – Waris seorang lelaki warga emas yang sesat di sekitar Selayang sejak semalam, dicari.
Menerusi perkongsian di Facebook Ben Mie 03, lelaki berkenaan yang ditemui di Sri Ternak, di sini, telah dibawa ke Pondok Balai Selayang Baru.
“Kepada ahli keluarga atau waris atau saudara pakcik ni boleh terus ke sana,” katanya.
Terdahulu, pemilik akaun Ben Mie 03 itu turut membantu lelaki berkenaan mencari rumahnya, namun gagal.
“Tolong tularkan. Pak cik ini tak ingat jalan dan rumah dia. Saya dah bantu pak cik ini pusing satu Selayang cari, tapi dia tak boleh nak ingat kat mana.
“Sekarang saya bawa pak cik ni makan kat kedai. Tolong saya tular sampai jumpa waris atau saudara pak cik ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE