fbpx

Anak ketua polis daerah ditemukan maut berlumuran darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Anak perempuan kepada Ketua Polis Daerah Lahad Datu ditemui maut berlumuran darah dalam kejadian di Taman Tabanak, Lahad Datu, hari ini.

Difahamkan, mangsa berusia 14 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik di rumahnya sekitar pukul 12.40 tengah hari.

Dipercayai kejadian berlaku apabila mangsa sedang memegang pistol milik bapanya yang tertinggal di kediaman itu

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Siasatan lanjut masih dijalankan, minta tiada spekulasi dikeluarkan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI