fbpx

Banjir kilat Sungai Buloh, Subang terkawal, paras air menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan tinjauan dan pemeriksaan susulan banjir kilat di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, hari ini.

PETALING JAYA – Beberapa kawasan sekitar Selangor mengalami banjir kilat ekoran hujan lebat serta kenaikan paras air sungai, bermula petang tadi.

Antara kawasan yang dikesan terjejas adalah Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh dan Kampung Melayu Subang, Subang Jaya.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, paras air banjir kilat menunjukkan penurusan serta keadaan terkawal.

Jelas beliau, pihaknya menerima panggilan insiden banjir kilat di kedua dua kawasan masing-masing pukul 4.47 petang dan 5.44 petang.

“Di Kampung Melayu Subang, banjir berlaku daripada limpahan sungai yang berhampiran dengan ketinggian 0.6 meter, namun tiada pemindahan mangsa dilakukan.

“Seramai lapan anggota membuat pemantauan di lokasi dan mendapati paras air menunjukkan menurun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Mukhlis memaklumkan keadaan di Kampung Kubu Gajah berlaku banjir kilat dengan kedalaman 0.6 meter.

“Tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat ini dan paras air menunjukkan penurunan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI