fbpx

‘Fashion Show’ Janda Temerloh batal, penganjur terkejut sambutan luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster tular di media sosial memaparkan acara tersebut dijadual berlangsung pada Ahad depan di Taman Tasik Chatin Mentakab.

TEMERLOH – Penganjur Pertandingan Pakaian Beragam Janda-Janda Temerloh yang dijadualkan pada 21 April ini membatalkan program berkenaan pada saat akhir selepas ia tular dalam media sosial.

Penganjur dikenali Mama Zana berkata, program berkenaan dibatalkan pada saat akhir bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini selepas mendapat sambutan luar biasa dari seluruh negara.

Menurutnya pada masa ini dia tidak putus menerima panggilan telefon dari pelbagai pihak yang bertanyakan mengenai program itu.

Katanya, pihaknya juga telah menerima permohonan penyertaan daripada ibu tunggal yang berminat menyertai program itu.

“Saya menerima panggilan daripada pelbagai pihak di seluruh negara yang bertanyakan perkara ini dan ada yang mahukan pegesahan kerana mereka mahu bersedia seperti untuk menempah homestay.

“Jadi saya memang tidak mampu mengendalikan program ini sekiranya terlalu banyak penyertaan dan kehadiran terlalu ramai orang,”katanya.

Dalam pada itu Mama Zana berkata, pihaknya tidak pernah mempromosikan program itu di media sosial.

“Saya tidak meviralkan perkara ini kerana ia hanyalah program kecil untuk kumpulan kami sahaja, tetapi ada individu lain yang menularkannya di dalam pelbagai media sosial.

“Ia sebenarnya hanyalah sambutan hari raya Aidilfitri yang diselitkan dengan program berkenaan,”katanya di sini hari ini.

Menerusi poster yang tular di media sosial memaparkan acara tersebut dijadual diadakan pada Ahad depan di Taman Tasik Chatin Mentakab di sini

Penyertaan pertandingan itu dibuka kepada wanita berusia 20 tahun ke atas secara percuma dan walk-in.

Jamuan raya turut disediakan manakala keputusan oleh juri adalah muktamad dan hadiah ditaja oleh Mama Zana dan Uncle John. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI